Sebagai permulaan, blog ini merupakan blog yang dikhususkan untuk bahagian pemasaran Aman Palestin Berhad. Di dalam blog ini, pihak pemasaran akan mempromosikan barang-barang jualan yang biasa dijual semasa road tour Aman Palestin dan juga semasa aktiviti pameran. Untuk pengetahuan umum, Aman Palestin Berhad merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpaksikan kepada keuntungan. Aman Palestin memperjuangkan isu Palestin dan segala sumbangan yang diberikan kepada Aman Palestin akan diberi kepada wakil Aman Palestin di Gaza.